Pages

Tuesday, 4 October 2011

AYAM MASAK TAUCHU


1/2 ekor ayam dibuang kulit.
* 4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia 
Cili kering yang dikisar (anggaran 4 sudu)
3 sudu tauchu (saya pakai cap tamin)
Asam keping
Garam dan serbuk perasa secukupnya
2 sudu kicap manis
1/2 sudu gula merah
Air secukupnya

* dikisar bersama

Cara2nya
1. Panaskan minyak, tumiskan cili kering bersama gula merah sampai naik bau.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, kacau dan masak sehingga kering. Masukkan ayam dan air.
3. Masukkan tauchu, asam keping, garam dan perasa secukupnya. Masakkan sehingga ayam empuk.Sedia untuk dihidangkan

EPOK-EPOK IKAN





Bahan Inti
2kg ikan direbus
3 sudu gula
3 sudu Halba
1 biji kelapa (diambil santannya - pekat)
Garam dan perasa secukup rasa
3 ulas bawang merah besar

Cara2 buat inti
Mesin santan bersama bawang merah. Masakkan diatas api yang sederhana sehingga jadi separuh dari adunan dan masukkan ikan yang telah dibuang tulang dan dimesin hingga lumat. Masukkan halba, gula dan garam secukup rasa. Garam jangan terlalu banyak kerana adunan akan jadi kering dan mungkin jadi terlalu masin pulak. Masak hingga kering dan sejukkan.

Bahan2 kulit karipap
1 kg tepung gandum
2 cawan minyak masak

Cara2 
Panaskan minyak masak sehingga betul2 panas. Curahkan minyak dalam bekas yang berisi tepung. Kacau rata dengan sudu sehingga sebati. Masukkan air dan uli sehingga membentuk doh. Canaikan adunan dan masukkan inti. Kelim karipap dan sedia untuk digoreng.

Price : RM4 (10 pieces)