Bahan Inti
2kg ikan direbus
3 sudu gula
3 sudu Halba
1 biji kelapa (diambil santannya - pekat)
Garam dan perasa secukup rasa
3 ulas bawang merah besar
Cara2 buat inti
Mesin santan bersama bawang merah. Masakkan diatas api yang sederhana sehingga jadi separuh dari adunan dan masukkan ikan yang telah dibuang tulang dan dimesin hingga lumat. Masukkan halba, gula dan garam secukup rasa. Garam jangan terlalu banyak kerana adunan akan jadi kering dan mungkin jadi terlalu masin pulak. Masak hingga kering dan sejukkan.
Bahan2 kulit karipap
1 kg tepung gandum
2 cawan minyak masak
Cara2
Panaskan minyak masak sehingga betul2 panas. Curahkan minyak dalam bekas yang berisi tepung. Kacau rata dengan sudu sehingga sebati. Masukkan air dan uli sehingga membentuk doh. Canaikan adunan dan masukkan inti. Kelim karipap dan sedia untuk digoreng.
Price : RM4 (10 pieces)
No comments:
Post a Comment