Pages

Wednesday, 1 August 2012

Speghetti carbonara


Bahan2:
1 peket speghetti (dicelur bersama sedikit minyak masak dan garam. Rebus sampai masak. Tos)
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 peket kiub pati ayam
10 batang sosej ayam (dihiris nipis)
Cendawan butang (dihiris nipis)
3 keping cheese slice
1 sudu oregano
Seulas bawang besar dipotong dadu
sedikit minyak zaitun
2 sudu marjerin/butter
2 sudu tepung gandum

Cara:
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang dan sosej bersama sedikit oregano. Bila dah garing, masukkan cendawan. Goreng sampai cendawan masak. Ketepikan.

Dalam periuk lain, cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.. Kacau adunan rata dan biarkan sedikit keperangan. Masukkan susu dan air. Bila dah mendidih masukkan kiub ayam. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan cheese. Masukkan sosej yang dah digoreng tadi.. Kacau dan angkat. Tuang diatas speghetti dan sedia utk dimakan.. nyummy..

Biskut Raya 2012








Tuesday, 31 July 2012

Ketupat Sotong for Iftar


Bahan2:
10 ekor sotong (saiz sederhana.. yang kecik kang pecah perut nak sumbat pulut)
2 cawan beras pulut (dibasuh n tos)
1 keping gula nisan/kerek
2 cawan santan pekat
sedikit garam

Cara membuatnya:
1) Siang sotong n buang tulang belakangnya.. korek bijik mata sotong sebab x nak kaler jd itam.
2) Sumbat badan sotong dengan beras pulut.. jangan padat sangat takut meletup nanti bila masak.
3) Letak janggut sotong kedalam badan dan cucuk sotong dengan lidi supaya x kuar isi perutnya.
4) Masukkan sotong dlm periuk bersama sedikit garam dan 1 cawan santan pekat. Masak sehingga agak2 pulut dalamnya dah masak. 
5) Masukkan gula kerek serta 1 cawan santan. Masak sampai kuahnya pekat.

Monday, 7 November 2011

fancy cookies

added a few orders for teacher's class party

Agry bird's theme

Some of the houses

Cute eggs

Slipper

Boys theme


all orders





Tuesday, 4 October 2011

AYAM MASAK TAUCHU


1/2 ekor ayam dibuang kulit.
* 4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia 
Cili kering yang dikisar (anggaran 4 sudu)
3 sudu tauchu (saya pakai cap tamin)
Asam keping
Garam dan serbuk perasa secukupnya
2 sudu kicap manis
1/2 sudu gula merah
Air secukupnya

* dikisar bersama

Cara2nya
1. Panaskan minyak, tumiskan cili kering bersama gula merah sampai naik bau.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, kacau dan masak sehingga kering. Masukkan ayam dan air.
3. Masukkan tauchu, asam keping, garam dan perasa secukupnya. Masakkan sehingga ayam empuk.Sedia untuk dihidangkan

EPOK-EPOK IKAN





Bahan Inti
2kg ikan direbus
3 sudu gula
3 sudu Halba
1 biji kelapa (diambil santannya - pekat)
Garam dan perasa secukup rasa
3 ulas bawang merah besar

Cara2 buat inti
Mesin santan bersama bawang merah. Masakkan diatas api yang sederhana sehingga jadi separuh dari adunan dan masukkan ikan yang telah dibuang tulang dan dimesin hingga lumat. Masukkan halba, gula dan garam secukup rasa. Garam jangan terlalu banyak kerana adunan akan jadi kering dan mungkin jadi terlalu masin pulak. Masak hingga kering dan sejukkan.

Bahan2 kulit karipap
1 kg tepung gandum
2 cawan minyak masak

Cara2 
Panaskan minyak masak sehingga betul2 panas. Curahkan minyak dalam bekas yang berisi tepung. Kacau rata dengan sudu sehingga sebati. Masukkan air dan uli sehingga membentuk doh. Canaikan adunan dan masukkan inti. Kelim karipap dan sedia untuk digoreng.

Price : RM4 (10 pieces)

Monday, 19 September 2011

Karipap daging



Bahan Inti
1kg ubi kentang (potong dadu)
500g daging dicincang
1 paket rempah kari ikan adabi
3 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 cawan air
Garam dan perasa secukup rasa

Cara2 buat inti
Masukkan air dalam periuk dan masukkan daging bersama rempah kari. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih. Masukkan kentang dan bawang besar. Masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga air kering. Sejukkan

Bahan2 kulit karipap
1 kg tepung gandum
2 cawan minyak masak

Cara2 
Panaskan minyak masak sehingga betul2 panas. Curahkan minyak dalam bekas yang berisi tepung. Kacau rata dengan sudu sehingga sebati. Masukkan air dan uli sehingga membentuk doh. Canaikan adunan dan masukkan inti. Kelim karipap dan sedia untuk digoreng.

Price : RM4 (10 pieces)