Pages

Monday, 19 September 2011

Karipap daging



Bahan Inti
1kg ubi kentang (potong dadu)
500g daging dicincang
1 paket rempah kari ikan adabi
3 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 cawan air
Garam dan perasa secukup rasa

Cara2 buat inti
Masukkan air dalam periuk dan masukkan daging bersama rempah kari. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih. Masukkan kentang dan bawang besar. Masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga air kering. Sejukkan

Bahan2 kulit karipap
1 kg tepung gandum
2 cawan minyak masak

Cara2 
Panaskan minyak masak sehingga betul2 panas. Curahkan minyak dalam bekas yang berisi tepung. Kacau rata dengan sudu sehingga sebati. Masukkan air dan uli sehingga membentuk doh. Canaikan adunan dan masukkan inti. Kelim karipap dan sedia untuk digoreng.

Price : RM4 (10 pieces)

Wednesday, 14 September 2011

CUPCAKES

These are the cakes ordered by my colleagues. Red velvet cupcakes and also choc moist cuppies topped with butter cream icing.







Tuesday, 6 September 2011

BLACK PAPER MINI PIZZA

Mini pizza ni dah lama dah buat, before puasa hari tu kot.. resepi main taram letak apa ada kat dapur je.. Menarik jugak untuk santapan minum petang... banyak jugak la yang aku bedal.. nasib baik x pecah perutku yang sememangnya sudah comel ini.. kekekke


BLACK PAPER MINI PIZZA
Bahan doh:
500g tepung gandum
Satu mug air suam
1 bungkus Yis kering (saya guna cap mauripan)
2 sudu marjerin
1 sudu gula
1/2 sudu garam
Air secukupnya

Bahan inti:
Isi ayam
Tesco light choices sauce/marinade
sedikit garam dan serbuk perasa
* Gaul semuanya sehingga sebati

Garnish 
Mayonese secukupnya

Cara-cara:
1. Buat adunan pizza dulu. Mula-mula bancuhkan yis bersama air suam. Campur satu sudu tepung gandum. Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan dalam tepung gandum. Masukkan garam dan gula dan air secukupnya dan uli tepung sehingga menjadi doh.Masukkan marjerin dan uli hingga sebati. Biarkan adunan selama 1/2 jam  hingga naik.



2. Bulatkan adunan pizza kecil2 dan tekan adunan ditengah2 untuk masukkan initinya.
3. Masukkan mayones kedalam piping beg & lorek diatas pizza.
4. Bakar dalam oven pada suhu 160' C selama 15 minit atau sehingga ayam masak.

APAM KUKUS POLKADOT

Untuk open house raya lepas, saya juga telah mencuba resepi apam polkadot dari kak siti. Mmg gebu dan menjadi.. Bolehlah cuba ye!!


Resepi asal : Siti Delima


Apam Polkadot

Bahan-bahan: (untuk 50 biji papercup medium)
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dalam 6-8 minit lebih kurang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
letakkan filling secukupnya, nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
5. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
6. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15minit @ sehingga masak.

RED DEVIL CUPPIES FOR KAK FAEZ

I've made this cuppies especially for kak faez & abg lan. Red devil cupcakes with choc ganache and hershey's chocolate. Hope u guys like it!!!!!



KEK KUKUS ALWANI

Untuk sambutan raya yang lepas, saya berpeluang buat kek lapis ni.. Mmg sedap dan menjadi... Cubalah.. Saya buat 2 adunan.. 


Resepi asal : Dayang jack 




Kek Lapis Alwani Kukus 

Bahan-bahan : loyang 6 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 220 g mentega 
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning, merah jambu dan koko 
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, koko dan kuning. 
  9. Tuangkan adunan pink ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali tuangkan lapisan koko. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.
***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air. 

LOLIPOP COOKIES FORTH BATCH

These orders are made after raya, delivered on Sept 5th.. Thanks for my sister's student. Enjoy the pics!!

































RAYA COOKIES ORDERS

These are all orders made last hari raya.. Thanks for all customers from continental sime tyres, friends and teachers of bohoq mali.. Order la lagi nooo...